Lirik Lagu Infiniti Cinta – Zizan Feat Kaka

in Artis Malaysia,Kaka,Zizan Raja Lawak

Bermula ku temu gadis berkaca mata
Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita
Tinggi 5 3 laksana primadona
Terigau mimpi sini juga khayal nyata sana

Pernah kau terdengar
Tiada dara yang ku renggang
Itu kisah ku dulu reputasi lama ku
Seribu memurai usah satu pun kau percaya
Seribu menggadai kau satu sumpah setia

Klishe di hatiku kau bermaharajalela
Manifesto luput bila nafas henti hela
Tiada medan yang takkan ku banting yang ku juang
Demi seru kau sayang demi kau seorang (2x)

Ucapkanlah kata-katamu
Dengan gurau sendamu
Ku cuba menahan ketawaku
Jelaskanlah apa kau mahu
Kan ku sedia menunggu
Apa yang ku rasa kau tak tahu
Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku, kau dan aku

Kan baru saja aku bilang
Ku mahu seru kau sayang
Hikayat kau aku
Tanpa dia dan bayang-bayang
Diteraju kau aku sutradara yang Maha Esa
Tetap kau aku lintas bandar rentas desa
Dan apa pula kau mahu jelas satu-satu
Leraikan yang terbuku dan segala di dadamu
Salam perkenalan yang disulami dua hasrat
Moga-moga kita kekal hingga ke akhirat
Seharusnya kita kekal hingga ke akhirat

[*] Ucapkanlah (ucapkanlah) kata-katamu
Dengan gurau sendamu
Ku cuba menahan ketawaku
Jelaskanlah (jelaskanlah) apa kau mahu
Kan ku sedia menunggu
Apa yang ku rasa kau tak tahu
Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku, kau dan aku

Apakah guna seorang raja tanpa
Permaisuri jelita di sisinya
Ibarat jantung tiada degupannya
Dan diri aku bisa jadi ratu kamu
Dan memangnya kau ratu aku
Andainya kamu mampu buktikan padaku

Cinta bukan saja buktiku uftikan cinta infiniti
Janji tak ditinggalkan tetapi ditepati
Kau istimewa tiada metafora setara
Jadi tiada metafora kerana kau tidak ketara
Tiada metafora kerna kau tidak ketara

Repeat [*]

Satu-satu aku mahu kamu
Dua-dua hanya kita berdua
Tiga-tiga bersama-sama selamanya
(One more time)
Satu-satu aku mahu kamu
Dua-dua hanya kita berdua
Tiga-tiga bersama-sama selamanya

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku, kau dan aku

Ucapkanlah kata-katamu
Dengan gurau sendamu
Jelaskanlah apa kau mahu
Kan ku sedia menunggu

(Kaka)
Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku, kau dan aku

Leave a Comment

Previous post:

Next post: