Lirik Lagu #1 – Pretty Ugly Feat Altimet

in Altimet,Artis Malaysia,Pretty Ugly

Berdiri dengan megah
Bak laksamana Melaka
Semua akan ku tawan
Utara ke Selatan

Ku daki Api-Api
Terus terbang ke JB
Kayuh di Teluk Kemang
Redah jem Jalan Ampang

[*] Aku di Barcelona rasa bagai di Felda
Dan gadis-gadis Vegas tak secantik Pasir Mas
Oh ooh woo ohh Oh ooh woo ohh
Jalan-jalan ke Paris fikir di Kuala Perlis
Bercuti ke Hawaii, Langkawi tetap di hati
Oh ooh woo ohh Oh ooh woo ohh

Lima benua aku dah lihat semua
Bila kaki langkah keluar hati kata pulang semula
Kita serasi irama sebati
Sedia senyuman bila aku kembali
Tambah kata-kata manis sekali
Bila habis bicara mari kita menari

Kaulah yang aku bangga
Tak akan aku lupa
Janji kau tak ku tinggal
Walau tinggi berkhayal
Ke New York London Tokyo
Kau tetap nombor 1

Repeat [*]

Kita saling bertengkar
Itu perkara normal
Ingat lima perkara
Jangan sekali lupa

Ku tahu kau masih cinta
Impian kita sama
Pasti kau kan kembali
Bangunlah dari mimpi

Akan tetap aku pertahankan
Akan ku lindung walau terkorban
Hingga tertumpahnya oh darahku

Tapau hujan batu di halaman kamu
Aku tetap mahu tapau hujan batu di halaman kamu
Kau nombor 1

Aku di Barcelona rasa bagai di Felda
Dan gadis-gadis Vegas tak secantik Pasir Mas
Oh ooh woo ohh Oh ooh woo ohh
Berkata aku kau nombor 1

Jalan-jalan ke Paris fikir di Kuala Perlis
Bercuti ke Hawaii, Langkawi tetap di hati
Oh ooh woo ohh Oh ooh woo ohh
Berkata aku kau nombor 1

Repeat [*]

Leave a Comment

Previous post:

Next post: