Gambar Majlis Pertunangan Raja Azmi Dan Mohd Eddie Ghazali (CRK)

in Hiburan

Produser filem iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gitaris CRK, Mohd Eddie Ghazali, 45, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Ukay Perdana, Ampang di sini pada Isnin.

Majlis dimulakan dengan acara merisik diiringi dengan ucapan perbincangan oleh anak sulung kedua-dua pasangan itu iaitu Mohd Daniel, 21, bagi pihak ayahnya iaitu Eddie dan Puteri Suraya Mohd Jalani, 28, mewakili Raja Azmi.

Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa buah-buahan, manisan dan coklat serta telekung. Manakala pihak perempuan membalas dengan dulang hantaran terdiri daripada jam tangan dan beg duit jenama Fossil, kemeja, kek, coklat dan biskut.

Raja Azmi mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19, melalui hasil perkahwinan pertamanya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek. Mereka telah bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012.

Pada majlis pertunangan itu, turut dilakukan ialah majlis menyarung cincin yang disempurnakan oleh ibu Eddie, iaitu Mariah Abu Samah. Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Raja Azmi yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya.

“Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu. Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya,” katanya.

Pasangan tersebut merancang akan bernikah pada 15 September 2013.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: